Jiwa ini menendang-nendang, resah gelisah setiap saat dan ketika. Dalam masa yang sama terasa bosan tak terkata. Sakit? Kadang kadang agak sakit. Perit? Adakalanya terasa perit.
Aku berperang antara diri dan hati. Atau lebih jelas lagi jika aku katakan, diri aku berperang dengan hati sendiri. Berdebat tentang apa yang benar dan apa yang tidak. Berdebat tentang apa yang patut dan apa yang tidak. Adakalanya aku kalah. Adakalanya aku menang. Namun kalah itu memberi lebih kesan berbanding kemenangan yang aku kecapi. Walau sejuta kemenangan yang aku raih dari perdebatan antara diri dan hati ini, aku tetap merasa TERUK jika kalah sekali dalam perjuangan itu.
Aku nampak jalan penyelesaiannya, namun aku tiada daya untuk melakukan apa-apa. Untuk aku meraih kemenangan mutlak itu, perlu masa, perlu kerjasama dari orang lain, perlu keizinan dari DIA. Aku sudah berasa cukup TERUK sekarang. Aku membenci segala kegagalan yang aku hadapi, namun aku tidak cukup teguh untuk melawan saat aku berada di ambang kegagalan.
***buat si dia...bukan aku suka gaduh atau membuat masalah..cuma perlukan sedikit perhatian,kasih sayang dan ambil berat ..sekadar mencuri masa mu yang terluang..sekadar mengisi kekosongan disaat luka di hati makin dalam ...tika meniti perjalanan sisa hayatku....
eiymell arrisya ..atas katil..bandar baru sentul
0 comments:
Post a Comment