"mencintai adalah memberi waktu
karena hanya waktu satu2nya hal di dunia ini
yang tak pernah bisa diganti atau ditambah..
kerana waktu itu adalah detak jantung kita sendiri.."
bersedia mencintai seseorang beerti kita bersedia untuk memberi sebahagian dari waktu kita untuk orang yang kita cintai. kerana waktu itu adalah hidup kita. bermakna kita memberi sebahagian dari hidup kita kepada beliau, kerana bersedia mencintai juga bermaksud kita bersedia menjadikan beliau sebahagian dari hidup kita. memberi bukan dengan erti kata memberi sejam... bermakna waktu untuk org tersebut bertambah menjadi 25 jam sehari. memberi waktu disini bermaksud, kita meluangkan sebahagian dari waktu kita untuk beliau. tidak semestinya dengan bersama beliau, tetapi mungkin cukup sekadar mengingati beliau. jika hubungan tersebut dekat jaraknya, mungkin boleh memberi waktu dengan bersama, makan bersama, keluar bersama, menonton bersama, ketawa bersama, menangis bersama. tetapi jika hubungan itu jauh, dipisahkan jarak beribu batu, dipisahkan bukit bukau gunung ganang, dipisahkan samudera yg luas, dengan teknologi yg ada sekarang, mungkin waktu itu dapat diberi dengan panggilan telefon, sms, email, YM, etc. kerana jarang memberi waktu akan membuat hati semakin merasa jauh.
mungkin ada yang berpendapat, "tidak mengapa jika tidak selalu memberi waktu, atau hanya memberi waktu yang sedikit asalkan dihati kita selalu ada dia". setiap detak jantung kita ada dia. bermaksud seluruh hidup kita ada dia. memang benar, jika kita mencintai seseorang, sudah tentu dia selalu bersama dalam hati kita. tapi ada kalanya ia perlu dizahirkan dengan perbuatan. contoh nya, dalam sesebuah institusi keluarga, ibu semestinya orang yang paling dekat dengan anak nya kan. kerana dia lah satu² nya ibu. masa anak itu kecil, si ibu sudah tentu banyak memberi waktu untuk anaknya, membelai, menyusukan, memandikan, bla bla bla. begitu juga si anak, semasa kecil banyak waktu dihabiskan dengan ibu. tapi apabila besar, keintiman itu akan menjadi kurang, hati akan semakin jauh sekiranya jarang si ibu atau si anak memberi waktu untuk masing². walaupun mmg hakikat nya, dia tetap satu²nya ibu dan si anak tetap anak kepada ibunya.
mungkin sukar bagi sesetengah dari kita yang baru belajar mencintai untuk berbuat demikian. kerana selama hidupnya sebelum itu waktunya diluangkan untuk tujuan lain atau untuk orang lain. untuk kawan² misalnya. jadi jika bersedia untuk mencintai seseorang, berilah waktu untuk orang itu secukupnya. tiada lagi alasan "alaa... tak biasa la, i lagi suka keluar dgn kawan². selama ni dok hang out dgn kawan² je" . jika belum bersedia untuk memberi waktu, bermakna anda belum bersedia untuk mencintai.
kaum wanita biasanya tiada masalah dalam memberi waktu ini. malah mereka bijak dalam hal ini. sbb itu kebanyakan wanita suka memberi tanda hati dalam bentuk souvenir dsb sebagai tanda mereka mencintai. kerana itu juga tanda mereka mengingati. walaupun keluar shopping atau lepak² dengan kawan², mereka tak lupa untuk membelikan apa² untuk kekasih yg dicintai. ada juga yang suka membuat sesuatu sendiri, misalnya kad (aku le tuh... hehe). walaupun apa yg dibuat itu tak seberapa. yang penting nya disitu adalah waktu yang mereka luangkan untuk membuat sesuatu itu, sudah cukup untuk menyatakan betapa mereka mencintai.
jadi, jika anda mencintai seseorang, berilah waktu kepadanya. ringan²kan lah diri anda untuk luangkan masa untuknya. tak semestinya berjam². katakan anda sedang sibuk sangat, ada meeting contoh nya. cukuplah sekadar meluangkan masa seminit untuk menghantar sms "sayang, i bz, ada meeting. take care". rasanya tak sampai seminit kan. itu sudah cukup berharga untuk membuat seseorang rasa dihargai, diingati dan dicintai.
dan paling penting... SETIA. tak ada gunanya jika selalu memberi waktu. tetapi juga memberi waktu utk org lain. cehhh.. hark.. ptoihh.. hampeh. (org lain disini bermaksud dalam erti kata istiwewa. kalau sekadar kawan itu tidak mengapa... huhu)
...buat si dia yang bertakhta di hati ..biar apa pun yg terjadi pada hubungan kita,sya tetap sayangkan abang..seperti biasa dan akan kekal seperti itu..
0 comments:
Post a Comment